Friday, February 4, 2011

Patah Hati

Salam.


Korang pernah patah hati sebab cinta? Tak kisah lah putus cinta, dump or being dumped, ataupun hubungan cinta yang tak direstui? Cik Maya pernah lalui peristiwa patah hati ni. Sakitnya susah diterangkan dengan kata-kata. Luah kan macam mana pun tetap orang takkan faham perasaan patah hati ni kecuali mereka yang pernah laluinya.

Di usia lewat belasan tahun ni, memang ramai kawan-kawan yang sedang melalui alam percintaan. Dan banyak juga kes break-up yang berlaku kat kawan-kawan Cik Maya. Ada satu masa tu, siap macam MUSIM break-up plak, as if semua orang break-up. haha. Apa-apa lah kan. Yang pasti selepas break-up, merupakan fasa derita untuk setiap orang. Bezanya, cara mereka handle patah hati dan rasa kecewa tu. Macam-macam. huhu.

Terdetik hati nak tulis tentang ni sebab currently Cik Maya behadapan dengan kawan Cik Maya yang dilarang cintanya oleh keluarga sampai dia mahu melancarkan mogok secara besar-besaran ke atas ibu bapanya yang bagi Cik Maya agak tak wajar. Tak wajarnya kerana dia sehingga mahu mengabuse ubat batuk dan tinggal solat. Bukan mahu memburukkan kawan sendiri, tapi sekadar berkongsi dan meningatkan korang semua tolong jangan buat macam ni.

Jadi, entri kali ni, Cik Maya nak bagi tips sikit macam mana nak kawal masalah patah hati ni sebaiknya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Cik Maya sendiri :

1] Menangis - Perkara biasa apabila patah hati. Adalah digalakkan untuk menangis apabila ada masalah untuk melahirkan rasa lega. Dari segi sains turut terbukti apabila kita menangis, badan akan merembeskan endorphin yang membantu mengurakan stress. Menangis hari-hari pun tak apa lepas patah hati ni sebab memang susah nak adapt dengan kehidupan baru tanpa berita dari orang yang kita sayang dan masa yang sama semua memori dengan si dia asyik bermain-main dalam kepala. Menangis lah sampai penat kerana itu lah salah satu caranya kita akan rasa lega.

2] Kongsi Masalah - Luahkan masalah patah hati anda kepada orang yang anda percayai dan dapatkan nasihat terbaik dari mereka. Cara kedua untuk melegakan hati dan perasaan. Orang yang diluahkan itu pula haruslah boleh dipercayai, rasional pemikirannya dan bukan seorang yang emosi. Takut memburukkan lagi keadaan. Kalau yang pernah lalui pengalaman sama lagi bagus sebab ada sesetengah orang yang tak faham dan menambahkan lagi sakit hati kita. huhu

3] Fikir Positif - Ingatkan diri, setiap perkara yang berlaku ada hikmah. Kita tak nampak hikmahnya sekarang tapi yakin dengan janji Tuhan, jodoh kita dah ditetapkan, kebahagiaan dah ditetapkan. Yang ini bukan untuk aku, yang akan datang pasti lebih baik. Jika kes seperti kawan Cik Maya di atas, ingatlah tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya derita. Paling penting, naluri ibu bapa tak boleh buat main. Mereka dapat rasa seseorang itu adalah untuk kita atau tidak. Sebab itu ditekankan sangat tentang restu ibu-bapa dalam Islam. Banyak sangat kejadian dalam keluarga Cik Maya yang membuktikan hubungan tanpa restu ibu bapa takkan berkekalan walaupun dah lebih 10 tahun berumahtangga. 

4] Kuatkan Semangat - Secara logiknya, ramai je orang yang heartbroken dapat cari pengganti dan bahagia atau paling tak pun, boleh let go. Yakinkan diri bahawa aku boleh lalui fasa heartbroken ini macam orang lain. Analoginya seperti menahan sakit masa cucuk BCG. Time cucuk je sakit lepas tu ok la. Cuma perlu bertahan je masa kena cucuk tu. Jadi, apa yang perlu kita buat adalah bertahan dengan fasa heartbroken ni sehingga dapat let go dan stabilkan perasaan. Sibukkan diri dengan aktiviti turut membantu dalam melupakan si dia. Dan sila jangan mourn. Mourning only strengthen our memory of him/her.

4] Fikir Rasional - Kalau tengok newspaper, macam-macam tindakan orang patah hati ni. Minum Clorox, terjun tingkat 18, dll. Cik Maya nak pesan, lepas dikecewakan banyak-banyak istighfar. Kalau didumped, fikirlah apa baiknya kalau kita minum Clorox. Bukan boleh dapat si dia balik. Kalo nak buat si dia menyesal, atau nak kan si dia balik pada kita, masa tu kita dah mati, so tak guna juga kan. Kalau betul-betul nak buat dia menyesal, apa kata kita jadi seorang yang hebat. Why not we create a better life even after the break-up? Tunjukkan pada dia, kita tetap boleh hidup dan hidup kita sebenarnya lebih baik tanpa dia. Masa tu ada kemungkinan dia mahu kembali pada kita, betul tak? Entah-entah kita boleh dapat yang lebih baik dari dia. We never know. Ingat, lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. We improve and probability to get better one is there. Sangat mustahak untuk kita berfikir dan bertindak secara rasional supaya kita tak buat perkara yang merugikan diri sendiri.

4] Bersiap Sedia - Kawan-kawan, berani bercinta, berani kecewa. Sila sedar, once kita bercinta, hanya ada dua kemungkinan. Bahagia atau kecewa. 50-50. Sila sedar juga, hati manusia boleh berubah. Jadi, setiap kali anda jatuh cinta, ingatkan pada diri tentang hal ni. Ambil pengajaran orang lain, yang bercinta bagai nak rak last-last naik pelamin dengan orang lain. Tambah-tambah kalau planning nak kahwin masih samar-samar. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Bukan untuk mengurangkan keyakinan pada hubungan tapi sebagai peringatan untk diri sendiri supaya kita tak buta sebab cinta. Supaya kita tak beri segala-galanya apabila bercinta sehingga suatu masa menyesal pun tiada guna terutamanya untuk kaum wanita. Dengan berpijak di bumi yang nyata, apabila dikecewakan, kita masih waras berfikir dan terima dengan hati terbuka walaupun sakit. Nak let go pun mudah. 

5] Doa - Banyak kan doa untuk dipertemukan jodoh terbaik buat kita. Jangan putus asa dan sekali lagi yakin dan percaya bahawa Allah SWT sudah punya perancangan untuk kita. Ikhtiar dan tawakal.

Semoga korang dapat memanfaatkan apa yang Cik Maya tulis ni. Peringatan untuk diri sendiri juga wahai Maya. huhuhu.

Orang yang hebat ialah orang yang dapat mengawal emosi, pemikiran dan tindak tanduknya apabila berhadapan dengan masalah.

ps. Cik Maya dengan En Myraz selalu mengingatkan satu sama lain supaya jangan biarkan diri merana kalau kami tak ada jodoh.

Thursday, January 27, 2011

Benda Yang Cik Maya Suka Buat Yang Korang Pun Boleh Cuba - 1

Motif?? Tah. Saja nak share dengan korang benda-benda pelik yang Cik Maya suka buat. Jom tengok apa yang best sangatttt. heheheh.

Langkah-langkah :
1] Perkara ini harus dilakukan bila termenung. 
2] Masa termenung, tengok keadaan sekeliling anda. Cuaca, benda yang ada, orang yang lalu lalang, bangunan apa, semua lah yang dapat dilihat oleh si mata kasar. 
3] Describe dalam kepala suasana tersebut dan keadaan diri anda masa tu untuk diingat pada masa akan datang. Ringkas sahaja supaya mudah diingat semula. Cari benda berbeza supaya lebih mudah ingat situasi.
4] Target tahun bila korang akan ingat balik situasi yang sedang dilalui tu. Range : 2-5 tahun.
5] Bayangkan situasi korang masa mengingat semula nanti. Sebaiknya hari yang bersejarah dan menggembirakan. Eg. Hari Pertama masuk universiti. Bayangkan bagaimana suasana hari pertama masuk universiti nanti - eg. pakai baju merah, beg sandang, rambut spike.
6] Bila tiba tahun dan keadaan yang ditarget, ingat balik situasi masa kita mengingat dulu. (selalunya mesti akan ingat)
7] Bandingkan situasi bayangan anda dulu dan sekarang.

Percayalah, korang akan rasa satu perasaan yang sangat tak dapat digambarkan. Kesyukuran mungkin. Amazing pun ye jugak. Syukur sebab tak sangka kita masih hidup untuk mengingat perkara tu dan betapa cepat masa berlalu. Tak sangka jugak, akhirnya masa dan keadaan yang ditarget tiba dan benda tu sekarang adalah realiti. Kedua, keadaan yang sangat berbeza masa kita bayangkan dulu dengan apa yang jadi sekarang. Bila fikirkan apa yang jadi in between those situations, lagi satu perasaan yang hebat. Kalau korang nak tau macam mana perasaannya, cuba la. hehe. 

Important Notes :
*Keep this to yourself for serious impact*
*Cuba untuk tidak me'recall' sebelum tiba waktunya. Kalau ter'recall' tell yourself, "Not yet."*
*Jalani hidup seperti biasa setelah selesai aktiviti ini as if nothing happens*

NPSC


NPSC stands for National Pharmacy Sports Carnival. Aku yang paling semangat sebenarnya nak join benda ni. Siap jadi orang first [dalam batch] bagi nama untuk game. Tapenah dibuatnya aku join tournament bagai neh. Memikirkan NPSC ni sekadar suka-suka, aku join je la. Untuk mengeratkan silaturrahim. hehe. Semangatnya aku, siap wat announcement lagi kat fb ajak member satu batch join. Tapi apakan daya, ktorang punya batch perhaps memang takde darah kesukanan yang mengalir. So yang join - aku badminton, sorang bola jaring, 5 orang tuju kasut. Sebenarnya boleh pilih game, either modern or tradisional. Aku pilih badminton sebab game tu je aku konfiden boleh main. hehe.

Tadi pergi kolej untuk practice. First time padahal esok dah nak ke USM. Nak buat macam mana. Takde masa. Tapi serius sangat kelakar ok. Especially practice tuju kasut. Satu jam main + Satu jam gelak = Dua jam practice. =P Kebijakan kami terserlah apabila bermain di kawasan gelap. Hanya bertemankan cahaya bulan, lampu jalan, dan bilik hostel. Paling bijak main guna selipar hitam. Tuju-tuju tak jumpa dan begitulah seterusnya. haha. Bising tu jangan cakap la. Tak baling lagi dah jerit. Kalau tak jerit pun, jatuh je kasut, dah tak nampak orang. Lari jauh gila. Hahaha. Penat aku gelak. Tapi ok la sebab dah dapat refresh rules. Dah lama kot tak main. Rindu plak zaman kanak-kanak dulu.

Pastu turn aku plak men badminton. Ok la. Penat main dengan Qilah. Kuat betul pukulan dia. Tercungap-cungap nak catch up. Bukan pro pun aku main tapi takat nak sambut tu boleh la. Aku practice juga masa cuti sem hari tu kat rumah. Nak smash boleh tapi mesti sangkut net. Stress! Apa boleh buat. Tinggi-tinggi aku, tinggi lagi net tu. hehehe. Harap-harap lawan aku janganlah pro sangat sebab memang aku main untuk suka-suka je. Kena bantai teruk-teruk, malu jugak kan. kui3

Apa-apa pun, aku frust satu benda la. Dah semangat bagi nama, bayar, practice bagai, pastu tak sabar gila nak jumpa member-member asasi dulu kat USM, last-last tak dapat pun aku pergi. Last minute punya hal. Aku dah terbayang keseronokan bersukan bersama rakan-rakan tapi apakan daya. Situasi memang mencemburui aku. Semua orang dok buat muka terkejut bila aku cancel. Sebab aku lah yang mengajak tapi aku lak yang tak pergi. huaaahhh. :(

Apa-apapun goodluck untuk kawan-kawan aku. Enjoy je main. Tapayah fikir kalah menang.Tapi kalo menang, bonus la kan. Chaiyok! Jangan bersedih-sedihan bila aku tiada. ngeee~

ps. 2nd session dental care tadi - scaling. Inflammation teruk jugak sampai kena tangguh next session. Kata mereka mungkin kena inject untuk kebaskan gusi sebab aku tak tahan sakit - NGILU. Takut plak nak pergi next session. huk2.

Wednesday, January 26, 2011

Ramona And Beezus!

Aku suka sangat cerita ni. Sebab Ramona budak yang cerdik walaupun dia bawa masalah. Di sebalik penceritaan yang menarik, filem ni jugak sangat memotivasikan aku. Sebab aku rasa Ramona tu ada resemblance aku. Maksud aku dari segi menjadi anak yang paling bermasalah -,-' tapi sebenarnya punya keistimewaan sendiri.

Ye, dari kecil sampai besar aku la anak yang paling bermasalah dalam keluarga. Tanyalah mak bapak aku, memang aku anak yang paling susah nak jaga. Dah la selalu je sakit dari kecil sampai besar. Setiap benda yang aku sentuh, cakap dan buat, mesti ada ja yang tak kena. Sebenarnya aku langsung tak bermaksud, tapi tula, macam Ramona, kami teraniaya oleh keadaan. KEADAAN! Aku ingat masalah ni jadi kat rumah je, tapi kat tempat belajar dan dengan kawan-kawan pun selalu macam tu.

Contohnya, walaupun attendance aku full tapi lecturer masih boleh tanya aku, kenapa dia tak nampak aku SETIAP KALI kelas dia. Em, pelik kan. Contoh lain, aku antara orang terawal isi borang untuk tinggal kat hostel, tapi bila tiba waktu pengesahan, katanya aku tidak membuat sebarang permohonan. Aku kena sound oleh semua orang. Lagi satu, pasal kelab yang aku join. Felo lantik aku jadi presiden next year. Bila AGM tiba, presiden last year yang sepatutnya handle menyepi. Pelajar lain semua refer kat aku. Nak tak nak aku handle. Bila jumpa felo baru nak discuss sal AGM, felo bengang bila dapat tau kelab tak berapa nak jalan tahun lepas. Sebab apa? Sebab presiden tak bertanggungjawab. Siapa presiden? Dorang tunjuk aku. Ada la dalam 2 jam kena basuh. Akhirnya aku keluar kelab. hua3.

Benda ni sampaikan kawan aku pun boleh notice. Dia cakap, "Kenapa kau selalu kena macam ni? Benda yang ko tak buat tapi ko yang kena." Masa tu nama aku naik sebab apa tah, tapi aku takde kena mengena pun. Aku hanya mengangkat bahu. "Tah, tapi dah biasa." Bila teraniaya oleh keadaan, maksudnya, apa yang korang nak buat tak berjalan dengan lancar dan orang yang terlibat akan fikir sebaliknya tentang korang. Sebalik as if negatif.

Aku tak kisah benda ni jadi bila dengan kawan-kawan atau sesiapa yang bukan keluarga aku. Aku tak kisah dorang tak percaya aku dsbg. Tapi aku sangat kisah kalau melibatkan keluarga aku. Dulu-dulu aku sangat sedih bila fikir aku selalu kecewakan mama abah dengan masalah yang timbul walaupun tak berniat. Aku tak nak kecewakan mereka sampai aku jadi seorang yang sangat berhati-hati dalam semua benda yang aku buat. Tapi bila dah besar, aku develop keyakinan diri, aku tak kisah apa orang nak cakap. Masa yang sama aku dah dapat kawal cara aku bertindak dan berfikir. Alhamdulillah, things do get better. People accpet me of who I am and...


...Ramona and Beezus >>
menguatkan lagi keyakinan bahawasanya aku bukan la pelik. 

Tapi sebenarnya ISTIMEWA.

For now, I just have to be as grateful as I can. :))

Love yourself for people to love you.
x.o.x.o

Rumahku Syurgaku

Semalam Mama telefon. Cakap nanti kitorang balik, abah dengan mama nak bincang sesuatu. Terus hati Cik Maya berdebar. Ingat ada masalah besar ke apa sampai nak bawa berbincang. Nak kata ada orang hantar rombongan, atas aku abang. Takkan aku, lagi sangat sungguh mustahil. 

Bila tanya, rupa-rupanya nak tukar plan hal pecah rumah. Tak jadi kata mama. So, kalau tak jadi apa yang perlu dibincangkan? Rupa-rupanya lagi, abah nak buat rumah kat kampung. Kampung abah kat Kupang, Baling. Benda pertama aku tanya, "Rumah kita skang jadi apa?" [erm, ayat aku memang pelik dari dulu] Mama yang faham dengan soalan tersebut menjawab bahawasanya rumah kitorang sekarang boleh je nak duduk situ bila-bila datang Sungai Petani. Tak pun kalau aku dapat kerja kat SP, duduk je rumah tu. Rumah sebelah yang tak jadi pecah tu pulak maintain disewa kat orang. 

"Oh ok." Tu je aku jawab. Hakikatnya, masa tu banyak benda serbu kepala otak neh. Rumah tu..taman tu...kawasan tu...Sungai Petani tu...erm. Dari ktorang kecil sampai besar. Selama ni aku tak pernah langsung terbayangkan perpindahan. Aku sayang rumah tu. Kereta Unser yang ayah aku jual dua tahun dulu pun aku dok teringat-ingat lagi sampai sekarang. Kereta tu beli masa aku Form 1. Ni plak rumah yang dari tanahnya berpasir sampai naik lagi satu taman perumahan kat sebelah. Dari aku dua tahun sampai....Huaaaahh!! Aku dah terbayang kahwin kat rumah niiii! Sobbsss. Sangat banyak memori dan perancangan masa depan yang aku nak buat dengan rumah ni. Tapi..hm..

Ikut hati Cik Maya...Takmo pindah. Boleh tak? Kawasan ni dah cukup best. Tenang, selesa, jiran-jiran ok sangat, takda bising-bising rempit. Paling best masalah sosial memang takda. Walaupun ada taman permainan dan ramai golongan remaja, tapi masih terkawal. Kes curi pecah rumah pun takda. Mungkin jugak sebab taman ni kecil dan penghuni majoriti golongan pendidik. Member sebaya jangan cakap la, kawan sekolah mengaji. Sesungguhnya, tak rasa kurang apa pun duduk sini. Jadi, em, perlu ke nak pindah?? =(

Ada satu hari tu aku ambil gambar satu rumah dari luar sampai dalam. Nak ubat rindu bila kat hostel.  Jangan tak tau, benda yang paling aku rindu selain parents aku ialah rumah ni. Enjoy~ Sobbbsssssss...........


Ni rumah beli. Pastu abah renovate masa aku darjah dua. Bilik paling bersepah tu ktorang panggil 'Bilik Komputer' - tempat ktorang belajar masa sekolah dulu. Sekarang ni jadi tempat simpan buku-buku tak guna dari hostel. Sepah tu biasalah bila abang dengan adik lelaki aku balik. Yang lain tu tau kot gambar apa. Apa-apapun, gambar bilik dan toilet tidak dipaparkan untuk menjaga sensitiviti kami ye. Sekian. hehe.

ps. Mama kata abah soh ktorang panggil mama UMI. Sebab abah dengar ceramah, mama tu maksudnya 'Ketua Mamalia' dalam Bahasa Sanskrit. Macam haiwan je, katanya. Tapi aku kata, "It's too late. Or I'm gonna have nightmares dok panggil Mama UMI. Tamoooooo!" :P

Sunday, January 23, 2011

Penatnya Praktikal!!

Semalam BF Cik Maya mengadu tentang penatnya beliau bekerja. Patutlah semenjak praktikal, selalu sangat moody. Bila tanya kenapa, diam je tak kasitau. Rupa-rupanya beliau ni stress dengan praktikal. Katanya penat sangat kerja. "Dah la kena buli, penat, tak dapat gaji pun." Macam kanak-kanak kan cara pengaduan beliau. hakhak. Another 18 weeks to go. How? How? Well, no comment la   ceq ooii. Obviously memang lama lagi kot. Hua3. 

Bagi aku, hal buli tu normal. Pergi mana pun, kalau dah namanya praktikal, terutamanya melibatkan bidang kritikal, mesti akan di'buli' punya. Cuma cara pembulian tu yang tak tau guane. En Myraz cakap, dia pun sedar hakikat tu even before start praktikal lagi. Dia ingat boleh tahan, rupa-rupanya sangkut jugak. huhu. 

Mula-mula malas nak layan bila dia rungut sal penat bekerja. Biasalah kan kerja memang penat. Tapi bila dia cakap, "Nanti dah praktikal, rasa la sendirik." Mula timbul kerisauan. Belagak sangat kan. haks. Nak nak bulan lima ni aku kena buat latihan industri selama 6 minggu. Beliau cabar boleh tahan tak. hehehe. Tapi kalau ikutkan orang yang dah betul-betul bekerja dan dapat gaji pun still penat. Apatah lagi praktikal yang tak dapat apa-apa, at the same time kena buli kan? Ok, tak nak bayangkan. haha.

Apa-apapun aku nasihatkan dia, benda ni anggap sebagai cabaran.  Then find anything he can do to cheer up his day after work, as if reward himself. Yang penting niat kena betul. Semua yang kita buat kena ikhlas - untuk belajar dan timba pengalaman. InsyaAllah everything will be fine. One more think I told him, "Start your day with a smile." Benda baik pasti menyusul. ngee~

ps. En Myraz memang seorang yang agak spoilt. Kena nasihat elok2 baru mau dengar. Kalau tak lagi kuat merajuknya. -_-''

Thursday, January 6, 2011

Besties

Cik Maya moody la korang hari ni. Nape ek? Memang rasa tak best, rasa lonely. Sedih kan. Sobss. I mish my dear best friends. Truly much. Dapat skype sorang, y sorang ag dapat kol. Nama pun kawan baek and they entertain me much. Ter'touched' -lah cakap. Tapi dua-dua nak exam so tak dapat nak spend masa banyak sangat yet sikit pun sangat bermakna dah buat Cik Maya. Miss U guys lots. wuwuwu.

>> Ummi Nasuha. On the right with black hijab. Rindu sangat laa. hm..I mish your spagetti t0oo. huhu. Bila nak balik M'sia masak kat aku neh. hua3. 


>> Najihah. Adorable girl yang sangat talkative. everybody loves her. And I feel special to be her besties. Thanks for calling me. Aku yang rindu dia yang habis kredit kan. huhuhu.

Kitorang kawan baik dari sekolah menengah. Sampai sekarang. "Triple Entente" gelaran kitorang. Sama besar kecik, sama comei. hehehe. Skang dapat jumpa masa cuti yang betul-betul cuti. Sebab masing-masing ada hal sendiri. Jiah now at MSU, Ummi now at Mesir. Selalunya lepak rumah Cik Ummi la. Rindunya..huhu. Ok. malas nak moody lama-lama. Taelok tok kesihatan. Nak layan movie ah sambil makan. Gudnyte everyone. Nanti tengah bulan I blogwalk ok sebab internet re-speed 15hb. Now masih mcm siput bb. hehe.

ps. Today is my first session with my dentist-wannabe friend. 2 hours check up sahaja sangat dasat hokeh. Yet what a great experience. Cant wait for the next session. ngee~