Motif?? Tah. Saja nak share dengan korang benda-benda pelik yang Cik Maya suka buat. Jom tengok apa yang best sangatttt. heheheh.
Langkah-langkah :
1] Perkara ini harus dilakukan bila termenung.
2] Masa termenung, tengok keadaan sekeliling anda. Cuaca, benda yang ada, orang yang lalu lalang, bangunan apa, semua lah yang dapat dilihat oleh si mata kasar.
3] Describe dalam kepala suasana tersebut dan keadaan diri anda masa tu untuk diingat pada masa akan datang. Ringkas sahaja supaya mudah diingat semula. Cari benda berbeza supaya lebih mudah ingat situasi.
4] Target tahun bila korang akan ingat balik situasi yang sedang dilalui tu. Range : 2-5 tahun.
5] Bayangkan situasi korang masa mengingat semula nanti. Sebaiknya hari yang bersejarah dan menggembirakan. Eg. Hari Pertama masuk universiti. Bayangkan bagaimana suasana hari pertama masuk universiti nanti - eg. pakai baju merah, beg sandang, rambut spike.
6] Bila tiba tahun dan keadaan yang ditarget, ingat balik situasi masa kita mengingat dulu. (selalunya mesti akan ingat)
7] Bandingkan situasi bayangan anda dulu dan sekarang.
Percayalah, korang akan rasa satu perasaan yang sangat tak dapat digambarkan. Kesyukuran mungkin. Amazing pun ye jugak. Syukur sebab tak sangka kita masih hidup untuk mengingat perkara tu dan betapa cepat masa berlalu. Tak sangka jugak, akhirnya masa dan keadaan yang ditarget tiba dan benda tu sekarang adalah realiti. Kedua, keadaan yang sangat berbeza masa kita bayangkan dulu dengan apa yang jadi sekarang. Bila fikirkan apa yang jadi in between those situations, lagi satu perasaan yang hebat. Kalau korang nak tau macam mana perasaannya, cuba la. hehe.
Important Notes :
*Keep this to yourself for serious impact*
*Cuba untuk tidak me'recall' sebelum tiba waktunya. Kalau ter'recall' tell yourself, "Not yet."*
*Jalani hidup seperti biasa setelah selesai aktiviti ini as if nothing happens*